Karya dan cabang lain M._Nasir

M. Nasir merupakan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1990 dan juga Pengetua Akademi Fantasia Musim 3. Malah adik lelaki M. Nasir iaitu Dzul juga aktif dalam bidang seni di Singapura. Selaku penggubah, beliau merupakan karyawan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung di Malaysia seperti Rahim Maarof, Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi dan Misha Omar.

Beliau juga terlibat dalam bidang seni lukisan, terutamanya seni abstrak. Beliau telah mengadakan beberapa pameran melalui karya kanvasnya; yang pertamanya ialah Tanda pada 2014 dan Tanda II pada 2015, kedua-duanya diadakan di Shah Alam.[7] Lukisan dihasilkannya berbentuk kerohanian dan ia juga sebagai ilham yang membentuk lagunya.[8][9]

Rujukan

WikiPedia: M._Nasir http://praharaseni.blogspot.com http://www.budiey.com/konsert-bagaikan-sakti-m-nas... http://www.imdb.com/name/nm0621863/ http://www.muziknusantara.com/raga-m-nasir.html http://www.star2.com/culture/arts/2015/04/29/m-nas... http://www.straitstimes.com/lifestyle/entertainmen... http://www.bfm.my/wavelength-the-journeyman-m-nasi... http://praharaseni.blogspot.my/2001/11/phoenix-ban... http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/nasir-jani/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt...